Mar 19, 2012

Time flies

With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful...


Hai and assalamualaikum you ouls^^ Im having headache and fever right now. My little brother is having high fever and my little sister is in the hospital. Result is coming out soon and believe me im not demam sebab takut nak ambil result kay....although the cuak-ness is there. Maybe because dah berjangkit dengan 2 orang adik kesayangan tu kot. 

By the way, since my last update is just about last week so i got few things to be shared with all of you. *gaya eksaited nk cerita* First of all, I went to a pastry class. and it was super cool. dan yang menambah ke-cool-an itu I met 2 adiks comels there. And ehemmmm guess what they call me?...... akak korea *lalalalala*okayy itu motif utama. Hahaha kidding ;) Balik dari class I try to make those buns and I managed. Super yeayyy! Tiba-tiba azam nak bukak bakery terus meluak-luak ekeke =D

This is my buns. Ada org nak tempah kat saya tak? hehe :D
 
Well other than that, I got a date with my girlfrenssss tooo! Actually it should be the 7 of us but it ended with only 4 of us. Aku dah cakap dah kalau plan awal-awal mesti takkan jadi punya. Last minute punya plan yang akan jadik jugak. All the plan yang kami rancang semua tak jadi dan all the things that we did on that day was really umplanned :D But then still it was super awesome day with my geliprens :P

And yeah the last one is me and syida guess what? We both went to kelas jahitan. Jahit baju kurung lagi you! :D And told ya sangat susah + leceh. I  wonder why people say baju kurung is the easiest thing to jahit. Huh? Berapa kali bebai sebab silap jahit. Cuma tak jerit jaaa well kena la jaga perangai. manners babe manners :) So the baju kurung itself dah 95% siap cuma kt bhg tangan tu je tak slip masuk ke dalam lagi and with the shoulder pads tk buat lagi. the kain? belum siap apa-apa lagi. InsyaAllah will continue the class on this friday. ^_^

Thats all for now perhaps. The result is coming out. Dup dap dup dap... *fainna ma'al u's riyusra. innama'al u's riyusra* refer to the pic up there for the meaning. 

 

Mar 9, 2012

Nak jadi orang bijak? senang je!

With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful... 


Baca elok-elok. KE-JA-YA-AN. Eh apsal aku post picture yang ada kena mengena dengan kejayaan ni? Okay aku admit tarikh 22 Mac semakin menakutkan aku. Ewahh baru tau nak takut kan. Padahal dulu kemain lagi kau bising suruh 22 Mac datang cepat-cepat. Nah ni memang akan membuatkan aku tidur tak basah mandi tak lena makan alhamdulillah still kenyang kot *tampar pipi* haiiii bab makan laju je kannnn. hohoi *suke hati kite la perut kite bukan perut awak tau*  Ok dah boleh stop dengan monolog sendirian itu.

Hai dan assalamualaikum semua! Bertemu lagi kita dalam rancangan adik di 9! *pangggg sekali lg hamek kau merapu lagi kan* Ok direct to the point so sorry for neglecting my blog. I know its kinda lame but believe me I've been too busy.....busy with other things which is not necessary.

So my entry here will be something about cara-cara untuk menjadi bijak! Actually I found this article in I luv Islam which after I read them I just realized patut laaa aku rasa aku semakin kurang cerdik kebelakangan ni. Kutuk diri sendiri la pulakkk alamakkk. But then really its true!

so here it is Rahsia Orang Bijak ;

1. Mengambil sarapan pagi. Told ya, breakfast is like a king. Plus its the one that will support your day. In fact no breakfast means that your glucose level in your blood will lowers down and your nutrition to your brain will be lesser. So how do you think your brain can function well hmmph? 

2. Elak Makan Secara Berlebihan. Okay benda ni memang kena sebijik kat muka! In science, if we eat a lots which is too much body needs more blood to complete digestion in the intestine and stomach. Dan darah untuk ke otak akan semakin berkurangan and will result us to become lazy, sleepy and lack of focus. Soooooo true!

3. Tidur Dengan Menutup Muka. Anda semua dilarang tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan tangan, buku atau sebagainya. Know why? Its because carbon dioxide will be trapped and we will be suct it again!

Sebenarnya there are still few mores like elakkan tidur yang berlebihan, hidu udara yang bersih and blablabla but these are the ones that I always did. Patutlah rasa otak ni macam sedikit tumpul. Nak kena polish balik ni!


p/s : Sayyidul ayyam. Jom baca bagi habis surah al-kahfi! :)

p/s/s : Make-over blog yg plg cepat pernah buat. dlm an hour jaaa. good job!

Mar 2, 2012

F U T U R E

With the name of Allah The Most Gracious and Most Merciful


Proposal kertas kerja untuk 10 tahun akan datang. Terima kasih kepada Jom Masuk U sebab dah berjaya membuka mata aku tentang banyak perkara yang aku rasa sebelum ni memang aku agak buta tentang perjalanan selepas SPM. Aku bersyukur sebab ibu dan ayah bagi sepenuh kebebasan untuk aku mengatur perjalanan hidup. Pagi 22 Mac 2012 akan menjadi titik tolak bermulanya perjalanan hidup demi menggapai segulung ijazah. Harapan aku sudah pasti lah mahukan yang terbaik. Siapa saja yang tidak menginginkan kejayaan bukan? 

Langkah pertama : matrikulasi atau asasi? Memang keputusan yang berat untuk dibuat. Setelah aku buat timbang tara memang ada pro and cons dia yang tersendiri. Tapi akhirnya aku ambil keputusan untuk pilih asasi. dan pilihan pertama aku adalah asasi di UM. Reasons? Minimum qualification untuk masuk ke UM agak rendah berbanding asasi di UIA,UiTM dan lain-lain tempat. Jadi kalau result aku tak seberapa pun peluang aku masih ada. Even kalau result aku still layak untuk memohon asasi di UIA or UiTM aku tetap taknak. Know why? sebab competition dia for sure akan tinggi. Tapi apa-apa pun the last thing to do is Istikharah sebelum aku buat apa-apa keputusan nanti. 

Langkah kedua: MBBS. Sebenarnya bila aku baca pasal asasi aku dah investigate sekaligus pasal ijazah. sebab aku taknak bila habis asasi taktau nak sambung kat mana untuk ijazah. dan UM memang ada kursus ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan which is 10 semester equals 5 tahun. DAN syarat untuk sambung sarjana muda adalah dengan mendapat pointer sebanyak 3.67 SEKURANG-KURANGNYA. Aku tahu agak susah tapi tak mustahil bukan? In fact aku betul-betul berazam nak score 4 flats waktu buat asasi nanti. Dan (banyak betul dan) kalaulah KALAU aku sedikit kecundang aku boleh sambung ijazah kat UMS sebab minimum qualification dia only 3.33. Tak perlu buat asasi di UMS pun takpa sebab dia terima student yang buat asasi di UM or UiTM (another point of doing asasi in UM)

Langkah ketiga : MSc in cardiology. Azam aku nak turn out to be a cardiologist. Jadi sebab tu kena sambung master dan kat Malaysia memang tak dak kursus tu. Well setelah aku buat research memang tak banyak pun medical science in cardiology punya program. Semua universiti yang tawarkan program tu semua overseas punya university. Kebanyakan kat UK dan US. And I hope to go to Edinburgh (siapa yg kenal aku mmg tahu aku teringin sgt nk ke sana) tapi setelah aku search lagi dan lagi University of Glasgow pun macam ok jugak. Cardiologist in Malaysia memang high demand sekarang ni. In fact tak sampai 200 cardiologist yang ada kat Malaysia. Itu salah satu sebab why I choose to be a cardiologist. Plus, since Ive seen by my ownself on how the operation goes it really inspires me to be one. 

Next step : Settling down for a family maybe?   

When I told mummy about all my plan she said "Im proud seeing you talking like this" Ye laaa aku cerita every single thing secara detail. Memang la ibu terkejut tapi aku sendiri tak sangka yang aku berjaya merangka semua ni. Dan aku juga telah mengkaji setiap satu benda yang aku akan lakukan nanti. Macam tak caya je? Aku dah matang ke? Eh?

  "We can only plan but....Alllah is swifter at planning... [Yunus : 21] "