May 20, 2013

Asasi sains UiTM puncak alam

Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog. Last adalah LIMA bulan yang lalu. okay nampak lah kebusy-an di situ. Konon konon busy. So lets havva a quick entry. Well before that Alhamdulillah i've officially ended my foundation programme in UiTM Puncak Alam. Everything went smoothly. Result pun dah dapat. Both result for uitm and upu dah tahu. And know still waiting for the upu result. Tengok lah kena campak kat mana nanti.

Okay actually nak share dengan adik adik (ehem sila panggil akak anis ye) pasal course asasi sains uitm and especially pasal puncak alam sendiri. Okay are you ready kids? Lets gooo!

1) Course
Okay first pasal course asasi sains ni sendiri. Well as you all know kat Malaysia ni ada banyak universiti yang menawarkan course asasi sains macam UM, UKM, UNIMAS, UMS, UPM and UIA. Tapi untuk universiti tu tak tahu lah macam mana diorang punya sistem pembelajaran. I can only share about uitm punya asasi. But before that I would like to congrates you all yang dapat sebab qualification for asasi UiTM is among the highest! Congratulations sebab anda berjaya dapat! We rock yeahh! Okay dah. Basically apa yang awak akan belajar lebih kurang basic macam SPM lah. But more details. Subject major is Math, Chemistry, Physics and Biology. And akan ada 2 minor subjects which is BEL (Basic English Language) and CITU (Centre for Islamic Thinking and Understanding) Pengajian selama 2 semester sahaja and one sem lasts about 5 months. But actually macam 4 bulan je sebab bulan ke 5 tu dah start final exam. And do score well for your final. Sebab setiap tahun budak 4 flat tu berlambak lambak -_- Kalau tak mahu merana di masa hadapan dengar la pesan akak ni jangan main banyak sangat. Nak main boleh tapi berpada pada lah. Jangan jadi macam akak okay? Result akan dikira by 50:50 which is 50% from your carry mark and 50% from your final exam. Kalau nak dapat good result make sure your carry mark exceeds 40, inshaAllah cerah masa depan :) Macam mana nak score carry mark? do well in quizzes, lab reports and assignment. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal course ni sila klik link ni

2) CGPA UITM AND UPU
Okay pasal cgpa ni susah sikit nak faham so sila dengar elok elok ye. From semua asasi yang disebutkan di atas tadi tu hanya ada dua universiti sahaja yang membenarkan student dia sambung degree ke universiti lain. Means that awak ada chance untuk ke oversea kalau nak. And the two universiti is UiTM and UM. Yeayyy! Actually this is one of the strong reason I chose to go to UiTM. Sebab konon nak sambung degree kat oversea. Okay so untuk other universiti tu you have no choice to go. Awak kena bertahan lah lagi 4 ke 5 tahun di situ untuk sambung degree awak hehehe. But to think it in a good way kan, at least kita dah tahu kat mana nak sambung degree kan. Tempat tu dah ada just have to score well je. Okay back to cgpa, like I said earlier lepas habis asasi kena isi balik upu. So you kena bersaing dengan budak matrikulasi, asasi um and also budak budak stpm for degree. Okay untuk pengiraan cgpa pulak akan ada dua cgpa, First peringkat uitm and secondly for upu. And both (cgpa upu and uitm) will be different unless you dapat 4 flat in each semester. Sebab apa lain? Sebab budak budak matriks belajar 4 subjek je kan? So kita nak selaraskan for pointer upu akan kira untuk 4 subject teras je. So it is now fair and square lah kan? Pointer uitm dikira berdasarkan semua 6 subjek. Dannnn ada lagi berita baiknya. Kalau masuk asasi sains uitm pengiraan cgpa upu akan dibuat berdasarkan 3 subjek yang terbaik daripada semua 4 itu. Haaa cool tak? Best kannnn! Tapi ada syarat which is dalam 3 subjek tu, Mathematics adalah wajib. So lagi dua subjek boleh tengok berdasarkan Chemistry, Physic and Biology. Jadi kalau rasa tak suka Biology (like me) boleh la ignore kan sikit. Focuskan untuk physic and chemistry and math. Bagi dapat A untuk ketiga tiga subject inshaAllah pointer upu awak 4.00! Haaa meletopzzz! Tapi kalau boleh score A jugak untuk bio score lahhhh. Sebab budak pandai kat Malaysia ni sekarang berlambak sangat -____- So dah faham tak? Kalau dah faham nak bagitahu lagi satu berita baikkkk! Haaa uitm kan baikk sebab tu uitm selalu di hatiku ;) Selalu untuk pengiraan cgpa dia akan kira purata gred sem 1 and sem 2 kan. Contoh kalau sem 1 math dapat B+ and sem 2 math dapat A. So bila kita tambah and bahagia dua sepatutnya dapat A- lah kan? Tengah tengah antara dua. TAPI tak untuk uitm. Dia tak kira nilai gred sebaliknya dia akan kira berdasarkan MARKAH kita. Contoh lah kan grading for B+ is between 66-69 untuk A- pulak 70-75 untuk A is between 76-100. Ini just untuk contoh ye sebab tak ingat dah grading dia yang sebenar. So kalau katakan sem 1 dapat B+ dapat about 68. And masuk sem 2 pulun sehabis pulun dapat lah A dapat 88 katakan. So sekarang tambahkan 68 dengan 88 dan bahagi dengan 2. Dapat 78. Based on the grading 78 dah A kan? So see kan dah dapat A! Haaaa best kan uitm ni! Sebab tu jangan risau kalau sem 1 awak tak dapat B+ rasa peluang dah tipis. Yang penting bila masuk sem kedua usaha betul betul mesti boleh dapat A! Tak percaya? Percaya lahhh. Sebab that really happens to me. I got B+ for my math waktu sem 1. Tapi sem 2 jaga carry mark bebetul score kat final Alhamdulillah dapat A. And bila tengok pointer upu dapat A untuk math :)

3) Surrounding
Okay this is what I love about palam! Untuk yang tak tahu palam tu shortform untuk puncak alam k ;) Puncak Alam sangat sangat cantikkkkkk! Kawasan yang sangat luas. Sebab still baru. And jauh dari pencemaran bunyi dan udara. Kadang kadang rasa macam ceruk je bila duduk dalam bilik tapi actually tak jauh pun nak pergi Shah Alam ke Kuala Lumpur ke. Kalau weekend rasa nak turun KL pun no problem! :p Ada blok yang sangat cantikk ala ala kondominium lagi :D Jangan risau ada lif juga kalau malas nak naik tangga hihi





Fakulti yang sangat cantikkk. Bilik kuliah yang selesa tambah wifi lagi :p







Ada classmate yang super cool and sporting haaaa ^_^


Ada kolam ikan yang boleh bagi makan ikan keli yang sangat comel. Boleh round tasik kalau nak jogging petang petang. Kalau nak cycling pun boleh. Basikal disediakan pergi je kat kompleks kemudahan pelajar ^_^ Boleh tengok sunset yang sangat cantik seriously :)



Keadaan bila hujan waktu malam sampai awal pagi. Bangun je tengok kabus tebal je semuaaaaa. Haaa rasa macam kat oversea pulak. Hihihi


Cantik kannnnnn? Lagi satuuuu lupa nak cakap benda yang paling sinonim dengan palam is tangga maut/tangga kejayaan. Stairway to success okayyy ^^


Awal awal memang penat lelah sikit tapi lepas seminggu mesti tak rasa apa dahhh. Dah biasa dah dengan semua ni. Sebab tu budak palam semua cergas cergas ecewahhhh. Kalau nak beli barang boleh pergi Giant Klang atau Tesco Setia Alam naik bas rapid bayar je seringgit. Kalau nak main bowling tengok wayang boleh pergi Setia City Mall okayyy ini sangat best. Sila pergi tapi sediakan duit bebanyak :p Nak pergi Shah Alam pun dekat pergi KL and blabla. Banyak lagi tempat yang menarik tapiii kalau nak letak gambar banyakkkkk sangat haa. Pendek kata palam sangat lah strategik okay. Maka sila lah pilih untuk masuk ke UiTM Puncak Alam. Selamat memilih dan selamat datang! You wont regret to be one of the palamians trust me :)




p/s: kalau ada apa apa nak tanya sila tinggalkan soalan anda di bawah ini ye ;) I will help as much as I can