Jul 15, 2013

PH240 - SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN)



Assalamualaikum...lama sangat tinggal blog sampai dah tak reti nak taip macam mana haha. Everytime cakap nak update blog je mesti tak kesampaian haha okay update as fast as possible.

Macam yang tertera di atas dengan sukacitanya saya memaklumkan yang saya bakal jadi warga puncak alam sekali lagi hihihi yeay alhamdulillah Allah tunaikan impian untuk sambung bidang farmasi :) Terima kasih kepada semua yang mendoakan agar saya dapat course ini yeee terima kasih banyak banyak jasamu dikenang :D Dulu setiap kali orang tanya "apply mana upu?" everytime I will answer "pharmacy..tolong doakan saya dpt ye" and I believe ini juga sedikit sebanyak berkat doa dari semua :')

Actually to be truth my result wasn't that good. I spoiled my Biology paper betul tak tipu. Dan disebabkan itulah I cant apply pharmacy in UM,UKM and USM. Ye adik adik sekalian kalau nak apply pharmacy di UM make sure 4 flat setiap sem tauuuu. Walaupun physic tak penting physic pun kena A jugak ye. Sebab biasalah zaman sekarang orang bijok bijok belako. USM pulak sila lah jaga MUET anda bagi dapat band 4 ke atas sekian. Kakak ni muet dia teruk sikit itu pasal tak lepas syarat. Oh ya nasib baik lah ada UiTM di Hatiku ni syarat farmasi tak ketat sangat Alhamdulillah lepas syarat nak apply pun. Tapi itu je lah satu satunya harapan untuk sambung farmasi and thats why I was very scared about the result huhu


And disebabkan result Bio teruk banyak kos kos penting dalam Health Science tak lepas nak mintak. My second choice is dietetik tapi tak lepas syarat T_______T Sebab itulah kena pilih UMS untuk second choice. Dan sebenarnya memang pasrah sangat sangat dah kalau dicampak ke Sabah sekalipun. Tapi pilihan ketiga tu memang tak tahan hermm doktor gigi kot hihi actually tak sangka pun farmasi dgn pergigian syarat diorang sama je. Sebab tak pernah terlintas dalam fikiran untuk sambung dentistry haha tapi bila cakap kat ibu, ibu suruh apply je dent. Lama jugak berperang nak apply ke tanak kang kalau dapat acano hmm lastly letak je laa. Sebab selama ni ibu ayah tak pernah halang apa pun kos yang aku nak sambung. So apa salahnya kalau sekali aje fulfill kan hasrat ibu kan. Itu pun memula apply I put dentistry as my 4th choice hahaha eceh naik satu tangga je pun kikiki

Best jugak tengok kawan kawan yang lain google pasal degree dan tempat kediaman diorang nanti tapi kita dah tahu dah tempat tinggal mcm mana hehe siap ada tangga kejayaan lagik :p Okay sedih jugak dok google pasal degree in pharmacy kat palam tapi tak jumpa pun blog yang berkenaan sobs sobs kalau jumpa tolong bagitahu ye^^

Dulu waktu zaman sekolah menengah tak pernah sangka akan pursue pharmacy waktu degree. Time tu dalam otak hanya lah nak jadi doktor tak pun jadi pensyarah. And to be exact chemistry waktu form 5 memang agak susah nak score pun. But thats it we never know what will be in future aite? Ditakdirkan kat palam bercambahnya (pehh kosakata) minat dalam chemistry nak buek cano kan. Dan waktu tu minat untuk end up as a doctor pun makin kurang. Ingat senang ke nak habiskan 5 tahun study dah tu nanti kerja komitmen kena tinggi. Pagi pagi keluar matahari tak naik lagi bila balik rumah matahari dah tenggalam T.T kesian suami dan anak anak hahaha family first kan. Konklusinya di sini semua benda dah ditetapkan oleh Allah perfectly! Maybe if we are not getting what we want now, Allah has planned something much bigger for us in future :) so keep calm and lets make doa ye. Peace!

22 comments:

Anonymous said...

Pharmacist diperlukan untuk cawangan kami di Kota Kinabalu... gaji 5k-8k berserta insentif lain... berminat sila hubungi 013-8601077 (linah)... thanks...

Anonymous said...

akak..nak akak punya email boleh tak? nak tanya pasal foundation and degree.. sya asasi sais puncak alam. kalau tak keberatan, terima kasih.. :D

cik affy said...

Hai adik anonymous this is my email haqifasina@gmail.com :)

Amirul said...

akak dulu foundation kat palam ke?

cik affy said...

Yesss ex-asasi palam 2012/2013 :)

Anonymous said...

slm. akak kalau muet band 2 boleh dpt ke?tp pointer upu 4flat

Anonymous said...

Salam. Akak, berape pointer minimum nak ambik pharmacy uitm? Kalau 3.89 lepas x kak?

Anonymous said...

Org dia atas, awk dpt 3.89 ke? Bagi email bole? Nak bertnya

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...


Orang dua diatas. 3.89 akak dapat masuk in 2013. By now, mungkin still boleh cuma if ramai 4flat apply, susah sikit la kot.

syuhaida ida said...

Sy lpsn spm . Nak amik bidg frmasi . Tp xtau nk apply kat mna . Mhon bri tnjuk ajr

farish`s blog said...

kak,lepasan asasi uitm laku tak utk amek degree pharmacy dkat usm,um,ukm? setahu saya kos pharmacy adae kuota.. tolong yee

Unknown said...

mostly..berapa pointer dia akan tengok? dan dia memang akan ambil subjek bio chem n math ea?? huhu.. saya asasi palam 14/15

Anonymous said...

Akak,dulu lepas asasi akak apply apply upu je ke? Penerapan tk apply?

Anonymous said...

Assalam. Kak. Kindly check your email please. Saya ada tanya satu soalan. ;) Terima kasih. Hee ��

Anonymous said...

Akak, pointer 3.80 ada peluang tak farmasi uitm? ada tak kwn2 akak or senior/junior pointer 3.80 dpt farmasi? akak pleasse respon.

Miza said...

Salam kak. Saya nak no akak boleh ? Kemuangkinan saya dapat uitm farmasi untuk september intake ni. Thanks !

cik affy said...

Assalamualaikum everyone, if you have any questions pertaining to this, kindly email me at haqifasina@gmail.com

I am regularly checking my email rather than blogspot. So do not hesitate to do so, I will help as much as I can :)

Unknown said...

Assalamualaikum akk.. saya pelajar lepasan matrikulasi.. saya nak tanya.. kalau kos farmasi, university mana yang paling berpatutan ye

Miza said...

Hi unknown. It is UiTM :) yuran sepanjang tempoh 4 tahun (8 semester) tak sampai rm5K pun. satu sem just bayar rm500++

Pendosa Tanpa Penghujung said...

Slm kak. Klau akak x keberatan boleh ke sy nk thu result kimia, bio, fizik dan +math akak masa spm? Sbb sy punya science subjects 2B+ 2B.. mcm x cerah je pluang😞