Jan 27, 2015

Melaka : A memoir of NS13

Assalamualaikum

Sebenarnya post ni atas permintaan Norasuhada binti Saat maka seorang anis afiqah rajinkan lah dirinya untuk menulis satu post khas untuk beliau :p

Inilah budget trip kami serumah ke Melaka Bandaraya Bersejarah under 150 MYR sahaja per head. 2 hari 1 malam :)

Yes, seorang bayar 150 hinggit je. And dalam bajet tersebut dah include semua benda seperti di bawah :

1) Minyak kereta dan tol dari Puncak Alam ke Melaka untuk 2 biji kereta (Myvi dan Preve) dan jalan jalan Melaka sepanjang tempoh 2 hari percutian

2) Tidur di M Hotel satu malam. Kitorang ambik 2 family rooms. Each room ada 2 katil queen which is satu bilik memang cukup untuk 4 orang. 

3) Seafood dinner at Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

4) The famous Klebang coconut shake 

5) Entry for A Famosa Water Park and Old West 

Banyak ke banyak? haha well I think its worth it enough. Jadi disebabkan percutian ni untuk meraikan kemerdekaan dak dak naluri sukma 13 yang sudah habis paper, maka kami bertolak sejurus je habis last paper on that sunday. Habis paper 1230 tengah hari keluar dewan, balik rumah kemas barang (i have finished packing my stuff the night before lol) had our lunch then lepas zohor terus pecut ke Melaka.

Paper dah habis yeay!

FIRST DAY

Kitorang sampai around 3 something macam tu then berbekalkan encik waze sebagai tour guide, carilah lokasi M hotel tu. Nasib baiklah tak susah sangat senang je nak cari haa. Check in bilik memasing and solat asar. Actually M hotel ni cantik jugak tau. Selesa and affordable. Kitorang sebenarnya nak cari yang biasa biasa je sebab bukan nak lepak bilik sangat pun kan tapi dah dapat macam ni syukur dah hehe. Booking through Agoda, total untuk bilik MYR 297.14

So next masa untuk ke Klebang! Okay keluar hotel terus g cari coconut shake Klebang yang hangat diperkatakan orang sana sini tu haa lepastu lepak dekat Pantai Klebang. Haaa situ best! I just love the pantai there so much! Ehe

8 of us :)








Best sebenarnyaa datang sini sambil tengok sunset sambil layan perasaan hahaha tak la. Best bila datang dengan kengkawan :) Sebenarnya kat sini kitorang memang dah plan untuk buat early birthday celebration untuk sha, one of our housemates. Best kan sambut kat tepi pantai heee. Dah beli kek secara senyap senyap then kitorang komplot dengan seorang budak kecik untuk bawakkan kek untuk sha with wishes "happy birthday kakak" ngeee :D




Memang nyanyi lagu happy birthday kuat kuat lepastu orang semua pandang hahaha like we care. Lepas puas main pantai tangkap gambar beribu keping beransurlah keluar dari pantai klebang.

To the next destination! Makannnnn! So waze lah lagi sekali ke sungai duyung untuk dinner best kitorang on that night. Satu set ada 2 ekor ikan bakar, butter prawn, sotong goreng tepung, lala, telur dadar. Kitorang ambik 2 set supaya kenyang sikit hahah. Sedapnyaaa puasnyaa dapat makan fresh seafood! Gigih la jugak nak habiskan semua makanan tu. Total untuk makan ni around 280++ camtu tapi dapat lah diskaun jd 250 je kot sbb sha ada kenal sikit sikit dengan tuan kedai yeay! #tipsperjalanan


before and after agagaga
Dah makan habis tak pulang ke hotel lagi sabar japppp hehe jalan la lagi kan :p next destination is Jonker Walk. Haa sini punya perbelanjaan atas tanggungan sendiri la. Dipersilakan lah nak beli apa yang mahu. Well, seorang anis afiqah memang dah target nak makan ice cream pasu yang sedang menjadi fenomena sekarang ni. Finally dapat pun!


Jonker Walk ni macam ala ala Petaling Street gituuu. Lepas dapat makan aiskrim pasu terjumpa baymax comel! Hahaha sepuluh ringgit jee so beli lah kitorang berjemaah 8 ekor baymax (ekor ke?) Boleh tahan panjang jugak jonker walk ni tapi basically jual benda yang lebih kurang sama je. Kitorang jalan sampai hujung lepastu sampai lah ke kawasan mana ntah macam menarik je untuk bergambar.


Dah habis jenjalan menikmati angin malam maka pulanglah budak berlapan ke hotel. Oh finally masa untuk tidur! Penat berjalan sepanjang hari kan. Sampai hotel 1130 malam macam gitu, pukul 12 lebih semua dah collapse haha


SECOND DAY


Pagi tu lepas checkout terus perjalanan menghala ke A Famosa Resort kat Alor Gajah. AG ni sebelah utara sikit so dah jimat la sikit sebab nanti nak balik palam tak payah patah balik lagi dah. Sebab tu first day kitorang pusing pusing pusat bandar dulu #tipsperjalanan

Before masuk resort kitorang cari kedai kampung area kawasan situ untuk brunch. Rugila kalau datang melaka tapi missed asam pedas kan! ehe so dah tercapai hasrat lets go main air!



Oh lupa nak cakap kebetulan time ni tengah ada promosi kat groupon untuk a famosa resort ni. So kitorang pilih untuk masuk waterpark + old west. Murah je sorang MYR 60 untuk admission both place. So total untuk masuk is only 480. Dah boleh enjoy satu hari dalam a famosa resort ni haaa.

Main air sampai puas sampai ada orang tu loya nak muntah lemas semua ada lah hahaha (thats me lol) Lepas asar keluar kejap sebab semua lapar nak makan cendol pulut plus nak lapik perut untuk dinner. Then masuk balik untuk pergi old west.

acah cowboy la kejap 
Cuma kat sini satu je lah yang tak bestnyaa is semua benda dalam ni kalau nak join berbayar huwaaa. Tangkap gambar je yang free. Kalau nak main game dia kena beli token, nak naik gajah ke pony ke kena bayar, nak masuk 4D theather pun kena bayar. Haish tapi bayar lah jugak sebab teringin nak naik gajah tsk tsk

this gajah is really big takut tau nak naik!




Tapi ada lagi satu yang free tengok red indian show and musical show. Haa tu best lah jugak red indian show tuuu. Syaf kena panggil jadi bahan ujikaji hahah

Habis je musical show tu semua dah ngantuks and penat, so mohle kita bergerak pulang ke puncak alam. Kitorang dinner on the way back to palam. Memula plan nak berhenti kat rnr somban tapi dah terlepas nak buek cano dah. Berhenti je la memana yang ada makanan hahah.

Sampai puncak alam dah pukul 1 pagi memasing penat keletihan tidur je terusss. And thats the end of our #ns13merantau

Tips : untuk senangkan kerja, duit sorang 150 tu kitorang bank in kat acc sha a few days before. So dia yang handle duit tu semua. and segala booking and payment semua dia yang settlekan. kitorang tinggal nak enjoy je ehe.

Tips lagi : rajin rajin bukak groupon and tengok discount apa yang diorang offer. dari situ boleh jimat makan, penginapan and entrance fee. taktau groupon tu apa sila google :p


Well, thats it for now. Till we meet again!

No comments: