May 31, 2012

New things learnt :)

With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful


Assalamualaikum uols ;) harini dah khamis and officially i have done completing all the forms. and proudly announced that I have been doing all that by my ownself. ehemm i repeat by my OWNSELF. lumrah hidup apabila ibu bapa anda bekerja, inilah hasilnya. bila weekend pulak macam macam event ada, so i dont have much times to ask for helps from my parents. 

But, seriously it feels like "ahhhh im growing older,isn't it?" And now im a proud independent girl ;) Bermula dengan bulan disember last year lagi, aku telah ditugaskan oleh ibu untuk settlekan beberapa perkara. contohnya, beli barang-barang keperluan rumah, bayar bil telekom, bil air, bil elektrik,simpan duit and blablabla. Rasa best tauuu hikhik :') 

Then nak settlekan barang-barang untuk ke uitm ni lagi laaa kan. first time belajar buka account bank, first time belajar settlekan part matikan setem, first time belajar guna CDM (cash deposit machine), first time pergi beli barang-barang nak masuk asrama sensorang, first time uruskan semua benda-benda yang boleh diklasifikasikan sebagai agak penting ini sendirian. I think almost 95% i've been doing all this by my ownself seorang diri. tsk tsk HAHA 

And sekarang ni dah tak rasa takut dah nak ke pusat bandar. Actually, aku tak berapa gemar pergi sana sebab kereta banyak+laju laju je semua. Tapi sepanjang minggu ni kan tetiap hari ambo gi pekan. jadi dah tak risau nak ke sana lagi dah. Dah ada keyakinan ;D

Okay, bebudak matriks dah balik. Breakfast sekali ye esok! jangan lupa tau! :) Esok hari terakhir di bumi kedah. Tears in sp, sekarang ni rasa sedih nak tinggalkan sp hukhuk :'(

p/s: ada tak orang yang mcm kita ni? settlekan semua benda sendiri? ada tak? ada tak? mesti takda kan *muka bangga*

May 24, 2012

Outing with the cousins :)

With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful 


Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Hello lovely readers :) Harini mood saya sangat baikk okay. So lets continue with this post. Well actually i've been spending my 3 precious days in Kepala Batas, Seberang Prai which is rumah my aunt. Reason? sesaje nak pergi menghabiskan cuti yang masih berbaki beberapa hari lagi sebelum menjejakkan kaki ke Puncak Alam. tsk tsk (sekarang ni dah mula rasa sedih untuk tinggalkan SP)

Memandangkan my two cousin tengah bercuti sekarang, so i will got peneman over there. yiehaaaa but both of them are one year older than me. T_T (memang selalu dah jadi mangsa buli) tapi tak kisah laa asalkan ada geng :D On my second day there, bangah drove us to megamall. so tadaaaaaaaaa (sila refer pics di bawah)


 
    

My two cousins yang sangat annoying (hahahahahaha) both of them budak matriks but one PST and another one PDT. bila bangah habis PDT fiqah pun habis asasi weeeee :p nanti sambung degree sesama yek.



Know what, I always have a bad luck whenever playing at this place :( haishhh. As a result, i need to pay for the popcorn and drinks for the movie shishh -,- (you know that siapa kalah kena belanja method) 


Here we are. Sunway carnival mall for the dark shadow. Disebabkan that movie start agak lambat we just pusing-pusing and pose sesuka hati :D

I like this pic. feel like a bawseee! =D

Baru perasan yang both of them pakai baju with the same colour. ohh berpakat tak bagitau ye? kfineeeee. After that, bangah suruh tangkap gambar dia dengan girlprennn baru dia. k memang comel kannn :p


Haaaa sorang lagi pun jumpa kawan baru jugak. alhamdulillah :')

 
Hikhik after that we just loitering around and jumpa this one place and call it as 'tempat bulat-bulat' heee =D







Arrived home safely around 11.45 pm or something like that. Baru tau bangah rabun warna rupanya. kihkihkih anyhow thank you so much enchee driver nanti jadi la lagi ye :p great outing with the cousinsss ;) yang lain-lain seperti along, abang farhan and mak lang, sila jealous ye ^_^

p/s : merci beacoup kerana menyempurnakan plan fiqah ye mak njang and bangah :) credits!

May 8, 2012

A decision to be made?


Aku pasti seratus satu peratus yang kebanyakan budak budak lepasan spm sekarang ni ramai yang bingung mencari sebuah jawapan. betul kan? aku pun sama je =p for those yang dapat tawaran berganda ganda bagai mencurah ke ladang gandum tu tahniah diucapkan :) and for those yang tak dapat upu tuh kasi relaks je okay^^  who knows kalau anda masuk ke sana maybe you cant perform well ke? itu rahsia Dia kan. "boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu" kalau nak jugak klik je butang rayuan tu ;)

 So, what made me to write this entry ialah melihatkan kepada keadaan sekeliling kengkawan aku yang agak berserabut maka pada hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak pandangan saya. kalau rasa bagus, share lah. kalau rasa macam tak membantu pun takpe laaa. saya tak kisah pun *ye ke?*

1.  ASK YOURSELF  
Pertama sekali, tanya diri dulu sebelum buat apa-apa decision. Kalau rasa boleh go on and course tu pulak seiring dengan minat anda then why you should decline, dont you? Tapi kalau dapat course yang waktu isi tuh kita main aci letak je sebab nak bagi penuh all lapan pilihan then ditambah pulak kita memang tak pernah tahu satu benda pun pasal kos tu, i dont think you should go. But then if you are positive-minded person dan memang sukakan cabaran dan benda baru its okay i think. Apa-apa pun shoot yourself first "Can I go on with this course? Yakin boleh?"

2. ASK FOR OPINIONS
Minta pendapat orang-orang di sekeliling kita terutamanya family, cikgu-cikgu, senior and kawan-kawan. Kadang-kadang kita sendiri tak boleh nak nampak our own potential but then orang lain boleh nampak. Dan pandangan dari seniors sometimes helps a lot. Sebab they have faced it so they knew exactly how it goes. Khabar angin dan cakap-cakap orang ni jangan layan sangat. Orang nak provok je lebih aiseh. "Eh matriks susah tau, asasi lagi laa susah" "Masuk diploma la senang" and bla bla bla. Diorang pernah rasa ke kehidupan tu sendiri? Setiap orang ada potensi masing-masing. Just have faith in youself :)


3. WIN-WIN SITUATION
All you need to do is take out a piece of paper. then list out apa sahaja tawaran yang anda dapat. Then tulis all the pros and cons yang anda rasa. But then waktu list out pros and cons tuh jangan ikut hati tapi buat pertimbangan minda yang sewajarnya. List out je segala benda yang kita rasa walaupun mungkin reason tuh agak kebudak-budakan tapi who cares? Diri sendiri yang nak belajar bukan orang lain kan?

4. SEARCH FOR INFO AS MUCH AS YOU CAN
Sebelum nak buat keputusan tuh berkampunglah di google.com dan carilah seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai pilihan anda itu. Sebab nanti bila dah buat keputusan dah tak boleh nak patah balik dah. Ni bukan soal driving yang boleh nak u-turn or reverse. Nanti menangis kot bila tengok-tengok benda yang kita nak sambung di degree tak ditawarkan di universiti yang kita masuk tu.*sebagai contoh laaa*     

5. ISTHIKARAH
For Muslims, you need to this sekiranya anda masih lagi bingung dan keliru. Dan kadangkala hint tu datang bukan dalam mimpi, banyak cara boleh datang. Kadang-kadang melalui istinct yang kuat dalam hati, kadang-kadang melalui orang di sekeliling kita yang asyik suruh terima sesuatu tawaran tu. Kalau rasa nak baca lebih pasal jawapan isthikarah here's the link

6. MADE A WISE DECISION
And lastly, buatlah satu keputusan yang bijak dan saksama. Jangan sekali kali bazirkan masa depan anda. Good luck in making the best decision! :)



May 4, 2012

beaucoup d'amour

Hai and assalamualaikum :) Aku rasa tangan aku sekarang ni gatal je nak menaip non-stop. Kena penyakit apa entah, harap-harap bukan penyakit buatan orang. EH? Oh yaaa lagi satu, aku rasa penyakit berangan ntah-kehape-hape aku juga makin menjadi-jadi. Nampaknya ini bukan perkara main main yang boleh dipandang enteng. Aku pun pelik? Mungkin aku terkena virus daripada novel-novel yang aku beli tu kot?

Bercakap pasal novel, haritu for the first time aku berjaya menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mana aku idam idamkan sejak aku di sekolah menengah lagi. Elehh sekolah menengah tu maksudnya last year or to be exact baru je lepas 5 bulan yang lalu. Boleh pulak kau buat macam dah bertahun tinggalkan sekolah ye. Hahaha tapi kannn aku memang craving sangat-sangat nak ke PBAKL tapi asyik tak berkesempatan je. Jadi apabila akhirnya aku berjaya sampai ke sana, aku rasa sangat eksaited+poyo+terkejut+amazed=habis duit. Bagus betul aku punya teori cekadak ni.


Actually aku tak stay kat KL but kat Presint 9, Putrajaya. Putrajaya best sangat, lawa, bangunan yang cantik and very modern, aman and tranquil(kalau waktu malam je la) and paling best sebab tempat dia tak busy sangat macam kat Kuala Lumpur. Aku suka tempat yang cenggini laa! :D Btw, aku stay kat rumah mak long aku sepanjang 4 hari kat sana.

Me: Mak long, fiqah suka sangat tinggal kat Putrajaya nih..
Mak long: Yeke..sebab apa? 
Me: Sebab..building dia cantik sangat dah tu nampak modern...besar nanti nak kerja kat sini laa..ngeee *muka eksaited*
Mak long: Boleh je..
Me: Tapi..fiqah tkmau tinggal kat kondo atau rumah-rumah yang sewaktu dengannya.....
Mak long: Sebab apa pulak?
Me: Ye laa..kalau gempa bumi nanti tak sempat nak turun bawah..ishh takut laaa!
Mak long: Hmmm...*tak tau dah nak cakap apa*

 Ni satu lagi penyakit aku. Selalu pikir negatif bak kata teacher. Tapi aku rasa bukanlah negatif sangat pun cuma lebih kepada memikirkan precautions that need to be taken. Ahak tak sama kan? :P
Well, kita hidup mesti kena fikir apa yang bakal jadi di masa depan kan?

Tapi...aku tetap sukakan Putrajaya walau apa pun! Suka jugak kat bas Nadi Putra or bas yang aku gelarkan sebagai bas lima posen. Pusing dalam Putrajaya 50 sen je! Cayalah! ^_^

Punya lahh besar, 50 sen je! =D
 Bila dah tinggal kat Putrajaya barulah aku mula mengenal segala jenis building yang ada. Ye aku tahu, aku noob sikit bab-bab ni. Dah lama tak datang Putrajaya sobs sobs. Tapi kan scenery dia memang ohsemmm giler time malam. Sebab semua building dia akan terserlah lagi kecantikan dan keanggunan gara-gara cahaya lampu yang berkelip-kelip. Wahh ayat aku =p Tetiba kan terdetik di hati aku ni "Berapa ratus ribu lah yang kerajaan kena bayar utk bil elektrik bangunan-bangunan ni semua?" Ohh baiknya aku tolong fikirkan!

Waktu sampai Putrajaya Sentral dah pukul 9 lebih dah. Lepas dinner, mak long tanya nak balik rumah terus atau nak jenjalan dulu? Confirm lah aku jawab nak jenjalan dulu! Laju je aku jawab, hehe!

Building yang aku tertarik sangat ialah Istana Kehakiman. Rasa macam dwarf je bila ada kat depan tuu +____+

Gambar ni aku aci cilok je dari encik google!
Tapi one thing for sure aku ada jugak kutuk kutuk orang yang tinggal kat sini. haha! Gila kejam aku! Tak laaa bukan kutuk just menyatakan pendapat yang mungkin bagi orang lain maybe macam kutukan la.. hehe

Yelaaa, kalau kat Putrajaya food court memang penuh dengan segala jenis manusia! Maksudnya semua orang terlalu sibuk mengejar kerjaya mengerjar duit sampai tak sempat nak masak kat rumah. Hari hari makan kat luar je kerjanya. Satu, menghabiskan duit je. rugi! rugi! makanan kat luar mahal tau! Dua, makanan kat luar tu belum pasti lagi tahap kebersihan diorang. lagipun makanan kat luar ni selalunya banyak ajinomoto, yela nak bagi sedap kan. ish tak baik utk kesihatan tau! Tiga, bila mak bapak bawak anak anak keluar so balik lewat malam so anak anak dah penat terus masuk tidur! kerja sekolah mesti tak siap kan? Empat, balik lewat lewat tak sempat ada masa untuk anak-anak. pastu mula lah berlaku segala macam konflik dalam keluarga. Hahaha memandai je aku buat hipotesis kan. Tak payah ambik kisah sangat dengan teori tak betul aku ni.

Aku memang kagum giler dengan Istana Kehakiman itu sampai lah aku terserempak dengan....Masjid Besi! Walaweyhhh this is cool! No! This is cooler! Cantik sangat sangat sangat sangatttttttttttttttt!

Tipu la kalau korang tak tertarik kan?
Aku rasa mungkin aku boleh stop pasal putrajaya ni sebab aku rasa aku sorang je gaya eksaited terlebih makan natrium benzoate. Aku nak cerita benda yang lagi awesome which is Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur 2012! Well apa yang menambahkan lagi ke-eksaited-an aku ialah that is the first time aku jejakkan kaki ke PWTC. Sebaik saja aku masuk ke dalam dewan tu, aku dah macam "wow! this is good! i never thought it will turn out to be like this" yooo aku sangat sangat lah suka apabila dikelilingi dengan buku! suka in term of sangat sangat suka lahhh! seriously i cant express tahap kegembiraan aku masa tuh macam mana. kalau lah aku ada cash beribu ringgit time tuh, aku rasa memang aku shopping sampai habis jugak. haha!

The first kedai yang aku stop is Fajar Pakeer punya booth dan waktu tuh "Ya Allah, aku taktau nak pilih yang mana nih?" Rasa sedih sangat sebab bajet aku sikit je RM100 utk segala jenis buku yang aku nak beli. Patutnya letak RM100 kepada each booth. Baru betul =p

Tapi the first novel yang aku cekau is Musuhku Suamiku. Once pernah dapat best seller kat MPH and Popular. And that time aku cari kat SP memang tiada! So dah ada depan mata, tunggu lagi! Grab it first before orang lain yang ambil :D

Cover dia simple but nice! :)
Cerita dia lawak, happy tapi sedih pun ada. Wuuuu :') Although basic jalan cerita dia agak cliche which is tak pernah kenal dan saling benci then get married then baru membina rasa sayang and blablabla but then aku tak pernah bosan. Sebab aku suka je cerita cerita yang bertemakan 'love after marriage'. sweet je ;D


Novel ni pulak aku tak baca lagi so aku tak tahu la how it goes. Sinopsis dia pun tak baca lagi. Actually buku ni bukan lah buku baru hotstuff sangat. Aku beli sebab dah lama dah aku aim buku ni. Sejak aku follow Fajar Pakeer online aku mulalah terupdate dengan novel-novel yang best termasuklah novel ni. Tapi setiap kali aku pergi kedai buku aku tak beli jugak novel ni sebab aku akan rambang mata nak pilih.



Ini karya pertama Syud yang aku beli dan karya syud yang terakhir yang aku tak baca lagi. Selalunya aku baca dari kengkawan je. Actually time ni aku masih menimbang nimbang nak beli buku syud or noor suraya. sebab both of it memang best. they got their very own style of writing. dan tak salah kalau aku katakan yang gaya penulisan diorang ni ada iras-iras hlovate. but then ada kakak yang jaga booth jemari seni ni datang approach, dia cakap "kalau beli karya kak su boleh jumpa dia. kalau kak syud dia tak datang harini"....then sementara aku memikirkan decision, aku membelek-belek other novels dan akhirnya aku dah lupa writer mana yang ada...odema! akhirnya aku beli jugak baju melayu hijau serindit nih..hmm hmm takpe yang ni pon best! *pujuk hati*

Then aku naik lagi ke tingkat atas dan tingkat atas sekali, rupa rupanya ada jugak buku-buku study yang dijual. and for sure with a very reasonable price sebab dapat discount! Tetiba rasa tak sabar nak bergelar mahasiswa :P

And aku singgah di booth Penguin apakenama entah then I found lots of english novels! Ahhhhhhh feels like wanna scream as loud as I can...oh maaf! eksaited sangat ;p


Serious aku rasa nak pengsan. Ingat senang nak dapat discount untuk english novels macam ni? Rasa nak cekau je semua yang ada. haha! tapi kawal kawal... =p Ada kat another book shelf kan diorang compile kan 4 english novels sekaligus and dapat discount of 50%! Okayy semua boleh pengsan sekarang. Jadi nasihat saya kepada semua yang menggilai buku or novels or any reading materials just like me*perlu ke nak mention?* silalah berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Anda pasti rasa taknak balik rumah punya, nak stay kat situ je.Its not just novels, ada majalah, bahan-bahan agama, buku kanak-kanak, pendek kata all sort of bahan bacaan laa senang :)

Kalau dah tak sempat nak pergi this year, boleh lagi pergi next year. Rileks rileks, ada lagi masa. Next year kita jumpa k, ahak =p Seriously nak pergi lagi next year and nak start kumpul duit bebanyak. haha! :D

Btw sepanjang di sana, aku yang aturkan segala jadual perjalanan. Aku just cakap je nak pergi mana and my beloved mak long akan bawak. ohh heaven! so my first day di sana hari sabtu we go to nilai 3 and nilai square. shop till drop! sakit kaki kot berjalan satu hari. dan hasilnya aku berjaya beli satu pasang kain cotton stripe yang mana telah selamat aku hanter ke tailor. hihi! the second day baru kitorang pergi KL sebab hari sabtu kan ada 'perhimpunan bersih yang pftttt'. we pergi jenjalan cuci mata kat jalan TAR and jalan Masjid India....and ohhhhhhhhhh! aku rasa nak borong semua kain cotton yang ada!

tapi..aku sedar diri sebab duit aku dah makin sikit! spend kat buku banyak sangat..heee actually terlebih bajet utk buku but i dont mind as long as aku puas dapat beli buku bebanyak :D the third day we went to PD..fyi, that is the first time aku ke sana. jadi memang kepoyoan aku terserlah sesangat. haha!


Sebenarnya ikutkan plan asal aku dan mak ngah supposed to be back on sunday night. sebab aku kena masuk kerja awal pagi isnin tuu (first day of working kot). tapi setelah aku disogok dan dimanipulasikan oleh mak long dan mak ngah aku plus mak aku pun call cakap 'duduk la sana lama sikit kerja tu bila bila pun boleh' aku dah macam...ahhh! terus tak jadi balik hari ahad malam! tapi aku buatkan mak long aku janji dengan aku untuk bawak kami ke PD kalau aku tak jadi balik ahad malam...soooo tercapai jugak hasrat aku nak ke pantai! yeay! =D *dan aku tak jadi masuk kerja akhirnya*

Jadi......sudah cukup cukup sudah! cukup sampai di sini saja...aku dah tak larat nak taip lagi dah. Kalau nak ikutkan banyak je benda yang aku nak share tapi aku rasa sudah la kan. Panjang sangat dah ni, nanti makin lama makin banyak benda yang aku mengarut maka makin panjang laa entry aku nih. so till we meet in the next entry, okay? have fun, take care!

May 2, 2012

picnic :)

Hai assalamualaikum. saya pergi picnic last week. dengan budak-budak sains yang lain. awesome sangat. yang paling best semua pergi dengan kereta. ahhh terasa kami semua dah membesar dengan pantas =p disebabkan aku teringin giler nak ke pantai, so kitorang buat kat pantai merdeka. dekat je dengan sp, lebih kurang 1 hour journey dah sampai :D

Tetiba rasa nak nyanyi =p "ku ukir namamu di awan gunung jerai bersaksikan laut daun nyiur melambai"....sila sambung sendiri!

Baru je sampai ni. diorang tengah set up tempat bbq :D
Here's our awan nano =p

Topi naim ni kan mendapat sambutan yang amat menggalakkan, semua orang nak try pakai XD

Nampak musen lembut semacam ajeee =p

Najmi tolong sediakan bara, ohhh rajinnya!
And here's i love this. saling tolong-menolong :)

Makanan kitorang semua, actually setiap seorang bayar rm10 je. tapi makanan banyak giler!

eheem! yang kuning tuh sapa berani makan? ahaks

They are trying to start the fire

Bak kata faiz 'candid terbaik'. muz nampak macam cikgu yg sedang mengajar, ada bakat ada bakat :D

Lawak je picture ni, haha =p

I dont remember why are we laughing at this time o.O

Din melatah "OPOCOT!"

Nyam nyamm, jemput makan semua! :D
Awan nano ni macam budak-budak je lagaknya =p
Ohh ya ada orang sponsor kek tauu! 2 bijik lagi, aummm! tulis kat situ 'HAPPY REUNION'
We ate a lot. Eh its not 'we' but me. hahaha. i dont know about others but seems like im the one yang makan tak berhenti. hahaha! But then, best laa ramai yang tolong sponsor barang makanan. Almaklumlah ramai yang dah bekerjaya kan. Other than those sausage, bebola ketam and chicken we also got daging, kerang, spaghetti, keropoks keropoks, mashmallow, puding and bla3. i cant remember them all! hua3

Around 4 dah start kemas barang then pukul 5 kitorang gerak. Best day sebab boleh gather balik, kalau tak susah nak jumpa manusia manusia ni semua.




p/s : I just came back from Putrajaya. awesome! will update about it later! ;D