Apr 17, 2012

Seram level is currently increasing!


Bismillah...petang itu cikgu Ria mendapat panggilan telefon daripada sahabat lamanya Husna mengatakan ingin bertemu dengannya. Kebetulan semasa menjawab panggilan telefon itu cikgu Ria sedang meluangkan masa bersama-sama anak didiknya Fatiha, Alma, Mastura dan Farhan. Jadi keempat-empat anak didiknya menyatakan bahawa mereka ingin turut serta ke rumah Husna. Farhan memandu keretanya manakala Fatiha, Alma dan Mastura menaiki kereta bersama-sama cikgu Ria.

Setibanya mereka di kediaman Husna, alangkah terkejutnya mereka melihat keindahan seni bina rumah tersebut. "Cantik dan unik!" Fatiha terjerit kecil akibat terlalu kagum. "Dan juga seram!" sambung Alma dalam hati. Entah mengapa setibanya mereka di sini dia dapat merasakan sesuatu yang berlainan. Seolah-olah ada tersimpan sebuah rahsia di sini. Tapi malas dia hendak melayan rasa hatinya yang aneh itu.

Husna datang menjemput mereka semua untuk masuk ke rumah. Mereka dibawa ke tingkat atas. Cikgu Ria dan Husna berborak tentang berbagai-bagai cerita. Almaklumlah lama tidak ketemu. Di satu sudut, Alma, Fatiha, Mastura dan Farhan duduk bersembang. "Eh Mas kau perasan tak something yang pelik kat sini?" tanya Alma. Sedari tadi, dia memang rasa agak tidak selesa. "Tak pun...best ada la...rumah besar macam ni kau kata pelik? Apa lah kau Alma!" balas Mastura.

"Dah la...jom kita minum. Dah lama dah diorang hidang air ni.." ajak Farhan. "Bismillahhirrohmanirrohim.." Alma takkan lupa untuk membaca doa meskipun hanya untuk meneguk segelas air. Sedang dia meneguk air oren itu dia ternampak sesuatu yang mencurigakan yang dilakukan oleh Husna. Dia memberi isyarat mata kepada Fatiha tetapi Fatiha sudah tenggelam dalam perbualan rancak antara dia dengan Mastura dan Farhan.

Alma ternampak Husna melekatkan sesuatu pada sampul surat yang hendak diberikannya kepada cikgu Ria. Dia berasa hairan sekali. "Benda apa ya itu?hmmm..takkan la......." dia terfikir-fikir sendirian. Kemudian akalnya sudah dapat mencerna satu idea yang agak bagus. Dari kejauhan dia ternampak orang gaji sedang membawa hidangan menuju ke arah mereka. Alma lantas bangun dan meminta izin untuk ke tandas.

Dalam perjalanannya menuju ke tandas, dia sengaja melanggar orang gaji tadi dan menyebabkan hidangan tadi terjatuh di atas lantai. Husna datang untuk melihat dan bertanyakan apakah sebenarnya yang berlaku. Di kesempatan itu, Alma bergegas ke tandas dan mengeluarkan handphonenya lalu didail number telefon bimbit Mastura. Tak dapat! Dicuba pula mendail number telefon Fatiha. Juga tidak dapat dihubungi! "Aku dah agak! Kenapalah aku tak perasan dari tadi lagi?" keluh Alma sendirian.

Dia bergegas keluar dari tandas dan mencari kelibat cikgu Ria. Mujurlah cikgu masih di situ. Mungkin Husna masih di dapur menguruskan perihal orang gajinya itu. Memang itu motif utama Alma! Untuk melengah-lengahkan Husna. "Cikgu!! Kita kena pergi sekarang..cepat lah cikgu..cepat!" "Eh apa kena dengan kamu ni Alma? Ye lah..memang saya dah nak balik dah ni..tapi tunggu la saya jumpa Husna dulu.." "Cikgu tolong lah cikgu...saya merayu sangat ni cikgu..tolong laa..jom la kita balik sekarang..." rayu Alma lagi. Cikgu Ria memberi isyarat kepada Fatiha, Mastura dan Farhan untuk turun ke bawah.

"Aku tahu apa yang bermain di fikiran kau..aku tahu kau tahu sesuatu kan? Ingat! Aku takkan lepaskan kau wahai budak..aku akan ikut kau sentiasa! Hahahahaha" "Farhan, kau dengar tak?" tanya Alma kepada Farhan yang berada disebelahnya. Farhan menggelang dan terus dengan pemanduannya. Sebenarnya, sebaik saja dia turun ke bawah dia terus masuk ke dalam kereta Farhan dan meminta dia terus saja memandu untuk pulang.

Kereta Farhan terus saja meluncur laju di jalan raya untuk pulang. Tapi... cikgu Ria ikut jalan lain. Ish tak apa la nanti akan jumpa juga. Hatinya berdesis. Hari sudah malam. Kenapa masih tak sampai sampai lagi ni. Si Farhan ni pulak dari tadi asyik senyap je. Tiba-tiba Alma perasan akan sesuatu yang pelik. Di sebarang sana jalan semacam ada kemalangan yang berlaku. Tapi.... yang menambahkan kehairanan Alma ialah dia tidak nampak sesiapa di dalamnya. Atau mungkinkah dia yang rabun? Selepas itu, dia nampak pula kereta-kereta yang lain. Dan.... semuanya memang tiada pemandu! Tiada pemandu! Dia jadi kalut.

"Ya Allah, apakah ini semua ya Allah?" hatinya merintih. Kata-kata Husna terngiang-ngiang kembali di benak fikirannya. Tiba-tiba dia ternampak satu kelibat lembaga dari cermin tingkapnya. Betul-betul di sebelahnya cuma lembaga itu berada di luar sana. Dia terus membaca ayatul Kursi berkali-kali. Dibacanya dengan penuh yakin. Semoga Allah melindunginya. Dia memandang sekilas ke tepi, alhamdulillah sudah tiada.

Farhan menyatakan bahawa mereka perlu berhenti di stesen minyak kerana minyak mereka sudah hampir kehabisan. Sebelum Farhan keluar dari kereta dia berpesan berkali-kali kepada Farhan supaya membaca ayatul Kursi berterusan. Jangan berhenti sekalipun! "Ye lah..aku ingat!" jawab Farhan. Alma yang dalam kereta tidak berhenti-henti mengulangi ayatul Kursi. Apabila masuk sahaja Farhan ke dalam kereta, dia perasan ada yang lain pada Farhan. Farhan nampak pucat! Dalam ketakutan, Alma membaca ayatul Kursi sekali lagi dan menuangkan sedikit air dalam genggamannya lalu dipercikkan ke muka Farhan. "Allahuakbar!" Dia menjerit kuat.

Farhan seakan 'terjaga dari tidur'. "Alma! Apa yang dah berlaku ni? Kenapa jadi macam ni? Bila masa aku bawak kereta ni?" Farhan menyoal Alma bertalu-talu. "Apa??! Kau tanya bila kau bawak kereta? Bukan kau ke yang pandu tadi?" Alma betul-betul terkejut. "Tak la..aku rasa benda terakhir sekali yang aku buat ialah bersembang dengan kau orang semua kat rumah kawan cikgu Ria tadi..macam mana boleh sampai sini pulak?" Farhan juga pelik.

Alma sudah boleh menangkap. Maksudnya selama ini yang memandu bukan lah Farhan tapi 'benda' lain. Patut la nampak semacam sahaja lagaknya. MasyaAllah. Dan Farhan sudah berada di bawah pengaruh tidak sedar sejak..... sejak minum air yang dihidangkan di rumah Husna! Ya itu lah penyebabnya! Tapi...kenapa ia seakan-akan tidak berkesan pada dirinya?

....... THE END.......


Maafkan aku kerana ending cerita ini memang tiada. Sebenarnya ini kisah benar..kisah yang diadaptasi dari mimpi..dan mimpi itu mimpi yang aku alami sendiri. Sebenarnya watak dalam cerita ini telah aku tukarkan namanya. Padahal watak-watak itu ialah kawan-kawan aku sendiri. Motif aku? Adakah cukup ilmu yang kita ada untuk jadikan pendinding diri kelak? Sekiranya berlaku pada diri sendiri nanti apa yang akan kalian buat? Sekurang-kurangnya Alma tahu ayatul Kursi dan itu lah yang menjadi pelindung bagi diri dia. Kalian bagaimana? Sudah boleh hafal atau belum? Ayatul Kursi ini sangat banyak manfaatnya. Buat yang masih belum bisa menghafal, mulakan lah. Tapi aku yakin tidak cukup sekadar itu sahaja. Teruskan mencari wahai sahabat!

Oh aku lupa nak mention apa yang Husna letak kat sampul surat tu kan? aku pun tak tahu. tapi mungkin macam sejenis 'spell' untuk apa-apakan cikgu Ria. Husna itu memang jahat. dan dia ada ilmu hitam. ini mimpi lah. aku bukan tau semuanya pun. sehabis mungkin aku dah 'describe' apa yang jadi untuk korang faham. harap-harap faham lah ye! bytheway, aku ialah Alma!

No comments: