Apr 11, 2012

Fatamorgana

With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful...



Titis embun malam yang jatuh ke bumi seakan-akan seperti dia yang cuba untuk menahan mutiara itu daripada gugur namun akhirnya tumpah jua...


Fantasi semalam mengingatkan aku pada luka lama.
Kekosongan ini menguasai dan akhirnya merajai dalam sanubari.
Sungguh aku cuba bangkit tanpa perlu menoleh!
Sungguh aku cuba untuk lari dari mimpi itu!
Sungguh aku cuba membina impian dan angan-angan baru!
Tanpa bayangan itu mengejar aku...
Namun kadangkala aku tewas.
Tewas tatkala berperang dengan perasaan sendiri.
Tapi...awan mendung itu hanyalah sekejap cuma.
Kerana ia akan ditiup oleh angin yang mendatang kelak.

10042012 : 0115 [HS]


No comments: