Jun 1, 2012

Perpisahan terasing

 
Jarum jam menunjukkan sekarang pukul 2.05 pagi. sekali lagi aku terbuat entry memandangkan entry aku yang lepas tak sempat nak ucap selamat tinggal kan.

Sekejap je dah masuk hari jumaat,yang bermakna aku akan memulakan perjalanan ke ipoh. spend the night there and pepagi sabtu terus bertolak ke kuala lipis,pahang. dan kemungkinan besar malam sabtu tu kitorang akan tidur di batu caves rumah mak cik aku. dan pagi ahad akan bermulalah episod baru "MENCARI SEBUAH KEJAYAAN"

Selamat datang bulan Jun, 
Selamat datang kehidupan baru sebagai mahasiswi,
Selamat datang dimensi baru,
Selamat datang persekitaran baru,
Selamat datang kawan kawan baru,
Selamat datang dunia asasi,
Selamat datang four flat,
Selamat datang kejayaan,
Selamat datang uitm puncak alam.

Aku tak dapat nafikan yang dulu aku sangat gembira untuk menanti hari ini tiba. Dulu aku sangat teruja untuk merasai hidup di puncak alam yang sememangnya sangat jauh dari sungai petani. Tapi sekarang, aku juga tak mampu untuk nafikan yang sememangnya aku sayang untuk tinggalkan tempat ni. Rasa sedih sangat T_T

Dan, perpisahan itu sememangnya satu perkara yang kita semua bakal lalui dalam hidup. Inilah satu sebab yang membuatkan aku agak sedih sejak kebelakangan ni. Aku tak pernah berpisah dari keluarga aku. Tak pernah ada pengalaman tinggal di asrama (mungkin sebab itu juga lah aku bawa barang amatlah banyak) Aku rasa sedih apabila tengok kengkawan aku yang lain masing-masing dah membawa haluan masing-masing. Tapi dalam sedih itu aku yakin inilah yang terbaik. Untuk hidup mereka, hidup aku dan hidup kita semua.

Bagi aku, bukanlah sekiranya jarang berlaku pertemuan antara kita itu bermakna aku sudah lupakan kalian. Tidak sama sekali. Kadangkala situasi dan masa membataskan segalanya. Itu satu perkara yang aku perlu akur. Kita semua perlu akur. Aku selalu mendoakan kesejahteraan kalian semua walau dimana berada. Salah satu doa yang akan dimakbulkan ialah "doa seorang rakan kepada rakannya yang lain tanpa pengetahuannya" *insert lagu doa perpisahan*

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Aku harapkan kejayaan akan sentiasa mengiringi kita semua. Aku harapkan aku mampu pilih kawan yang terbaik. Aku harapkan aku mampu jadi yang terbaik in all means. Aku harapkan aku mampu membanggakan ibu dan ayah. Aku harapkan aku mampu adapt dengan suasana yang competitive. Aku harapkan aku mampu mencapai cita cita aku. I believe in myself. I believe that I have the ability to do what my mind asks me to do. I believe I will struggle harder and harder to the fullest! I believe i can success! Thats my promises!

p/s : Aku yakin satu cara untuk kita teruskan being updated with our friends is by blogging and i will try my best to update about my life there ;)

No comments: