With the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful...
KESABARAN KUNCI KEJAYAAN. Betul. Setiap hari kita selalu dituntun dengan keinginan. Jika diturut saja keinginan itu pastinya ia akan menjerumuskan kita. Kata orang ikut hati mati. Tak gitu? Luruskan niat ketika datangnya keinginan.
Tanya hati "Wahai hati adakah betul ini satu keperluan dan bukannya keinginan?" Saat ini lah kesabaran itu perlu memainkan peranannya. Berhati-hatilah kerana nafsu kadangkala membutakan segala kebenaran yang ada.
Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita. Dan sekali lagi kesabaran kunci kejayaan. Betul memang benar. Dan kejayaan itu akan datang dalam pelbagai bentuk malahan kadangkala kejayaan itu datang tanpa kita sedari. Tapi yang pasti kejayaan itu akan tetap datang.
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
Tengok orang yang sentiasa sabar itu tak rugi pun. Kenapa masih kurang sabar wahai hati?
p/s : Akhir-akhir ini terasa kesabaran itu semakin terkikis. Kenapa haa? *pesan kepada diri*